Terma dan Syarat-Syarat Penggunaan
Sila ambil perhatian bahawa penggunaan laman web ini dan pembelian cincin graduan dari CGU tertakluk kepada terma dan syarat yang berikut. Dengan menggunakan laman web ini dan membuat pembelian, anda bersetuju terikat dengan terma dan syarat yang dinyatakan di bawah. Sila baca dengan teliti.
Maklumat Peribadi:
Anda bersetuju untuk menyediakan maklumat peribadi yang tepat dan terkini semasa membuat pembelian. Kami akan menggunakan maklumat ini mengikut ‘Dasar Privasi’ kami yang boleh diakses di laman web kami.
Proses Tempahan:
- Cincin universiti boleh ditempah secara dalam talian melalui laman web rasmi universiti https://cgu.uitm.edu.my/
- Pelanggan boleh memilih dari pelbagai rekaan cincin, bahan, dan pilihan saiz yang tersedia di laman web.
- Saiz cincin harus diukur dengan tepat menggunakan carta panduan saiz yang disediakan di dalam laman web untuk memastikan saiz yang betul.
- Pelanggan boleh memilih rekaan yang diingini dan menambah pembelian menerusi sistem tempahan.
- Pesanan memerlukan pembayaran penuh semasa pembelian untuk meneruskan tempahan.
Penghantaran dan Pengeposan:
- Penghantaran dan pengeposan cincin kepada pelanggan mengambil masa selewat-lewatnya dalam tempoh satu bulan dari tarikh tempahan.
- Pelanggan akan menerima maklumat melalui emel CGU (cgu@uitm.edu.my) dengan butiran pesanan dan maklumat jejak apabila cincin telah dihantar.
Bayaran Balik, Pemulangan dan Pertukaran:
- Jika cincin mempunyai kecacatan atau tidak memenuhi spesifikasi pelanggan, proses bayaran balik, pemulangan atau pertukaran boleh dilakukan mengikut ‘Polisi Bayaran Balik, Pemulangan dan Pertukaran’.
- Proses bayaran balik, pemulangan atau pertukaran hendaklah dilakukan dalam tempoh tidak melebihi tujuh (7) hari daripada tarikh penerimaan item dan produk perlu berada dalam keadaan asal dan disertakan dengan dokumen pembelian.
Jaminan:
- Cincin graduasi dilengkapi dengan jaminan terhadap sebarang kecacatan.
- Tempoh jaminan adalah selama tujuh (7) hari daripada tarikh penerimaan item. Item perlu berada dalam keadaan asal dan menyertakan dokumen pembelian.
- Sebarang kecacatan dalam tempoh jaminan (7) hari harus dilaporkan untuk memulakan proses pembaikan atau penggantian.
Harga dan Pembayaran:
- Harga cincin graduasi berbeza mengikut rekaan, bahan, saiz dan pilihan tambahan lain yang dipilih.
- Pembayaran boleh dibuat melalui pautan https://cgu.uitm.edu.my/cart/
Harta Intelek:
Segala bahan, imej, dan kandungan di laman web ini adalah hak milik UiTM. Sebarang penggunaan atau peniruan bahan, imej dan kandungan tanpa kebenaran bertulis UiTM adalah dilarang.
Had Liabiliti:
Kami berusaha untuk memastikan dan mengambil semua langkah yang sewajarnya bagi memastikan semua maklumat, butiran, keterangan dan harga produk di laman web ini adalah tepat dan terkini. Walaupun segala usaha untuk memastikan maklumat, butiran, keterangan dan harga produk di laman web ini dikemaskini, kami tidak memberikan sebarang jaminan terhadap ketepatan, kebolehpercayaan, atau kesesuaian maklumat tersebut.
Pindaan Terma dan Syarat:
- Kami berhak untuk mengubahsuai, atau menambahbaik terma dan syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis awal. Adalah tanggungjawab anda untuk menyemak terma dan syarat semasa menggunakan laman web atau sebelum membuat pembelian.
- Sekiranya anda membuat pembelian cincin graduan di laman web kami, anda mengakui bahawa anda telah membaca, memahami, dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat di atas.
Hubungi Kami:
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, komen, atau permintaan berkaitan dengan terma dan syarat ini, sila hubungi kami menggunakan butiran di bawah:
Cincin Graduasi UiTM (CGU)
Kolej Pengajian Seni Kreatif,
Kompleks Ilham,
Universiti Teknologi MARA,
40450, Shah Alam,
Selangor, MALAYSIA.
Email: cgu@uitm.edu.my
Terma dan syarat ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa, oleh itu sila semak halaman ini secara berkala.
Tarikh Berkuatkuasa: 18 Julai 2023
Tarikh Kemaskini: 23 Ogos 2024