Cincin Graduasi UiTM (CGU)
Kolej Pengajian Seni Kreatif,
Kompleks Ilham,
Universiti Teknologi MARA,
40450, Shah Alam,
Selangor, Malaysia.
Berikut adalah beberapa soalan yang sering ditanya bersama jawapan berkaitan pembelian cincin universiti secara atas talian:
Tempahan cincin universiti boleh dibuat secara atas talian, melalui laman web rasmi universiti iaitu https://cgu.uitm.edu.my.
Cara untuk membuat tempahan adalah seperti berikut:
Ya, pembelian cincin universiti secara atas talian adalah selamat melalui laman web rasmi www.cgu.uitm.edu.my yang mempunyai protokol keselamatan yang ketat serta platfom sistem pembayaran seperti kiplepay untuk melindungi maklumat peribadi dan kewangan anda.
Rekaan cincin universiti ini adalah gabungan inspirasi daripada jalur rehal yang disemat dengan motif melayu yang terdapat pada keris agung UiTM. Terdapat 4 rekabentuk cincin yang terdapat di dalam laman web iaitu cincin Mahkota, Lestari, Mulia dan Ilmu. Sila rujuk halaman ‘Produk’.
Reka bentuk Mahkota dengan lambang universiti dan saduran emas adalah yang paling popular. Namun, reka bentuk yang lain juga semakin mendapat tempat.
Ya, pihak CGU membolehkan anda menyesuaikan cincin dengan tahun tamat pengajian, dan simbol universiti.
Tidak, rekaan hanya terhad kepada 4 jenis rekabentuk sahaja. Akan tetapi pihak CGU mempunyai perancangan kearah mempelbagaikan reka bentuk mengikut kehendak pelanggan pada masa akan datang.
Bahan asas yang digunakan untuk Cincin Graduasi UiTM rekaan Mahkota-Diperbuat dari perak 925 (sterling silver) dengan hiasan saduran warna emas (gold plating) Bagi Rekaan Lestari, Mulia & Ilmu- Diperbuat dari perak 925 (sterling silver) berkualiti tinggi.
Pihak CGU juga mempunyai perancangan untuk mempelbagaikan jenis bahan seperti emas, platinum dan lain-lain pada masa akan datang.
Harga Cincin Graduasi UiTM boleh dirujuk pada halaman ‘Produk‘.
Pembayaran melalui web CGU menerima pelbagai kaedah pembayaran termasuk kad kredit, kad debit, PayPal, dan online transfer.
Di dalam laman web CGU terdapat panduan pengukuran saiz cincin. Anda boleh menggunakan pita pengukur atau benang untuk mengukur jari anda dan merujuk carta saiz cincin yang disediakan.
Pembelian cincin ini adalah berbentuk tempahan dan bukan stok tersedia. Ia akan mengambil tempoh satu bulan dari tarikh tempahan dan bayaran . Biasanya, tempoh penghantaran mengambil masa antara 2 hingga 6 minggu selepas email pengesahan tempahan diterima. Pelanggan akan dimaklumkan oleh pihak CGU melalui aplikasi WhatsApp.
Proses pemulangan atau penukaran, hendaklah dilakukan 1 minggu selepas pelanggan menerima item, dimana produk perlu berada dalam keadaan asal dan disertakan sekali dengan pembungkusan dan dokumen pembelian. Pastikan anda membaca polisi pemulangan pembekal sebelum membuat pembelian.
Untuk menjaga cincin universiti, elakkan daripada terkena bahan kimia dan objek keras serta tanggalkan cincin semasa melakukan aktiviti yang lasak. Untuk membersihkannya, gunakan air suam, sabun, dan berus yang lembut. Lap dengan kain lembut untuk mengembalikan kilauan cincin.
Tidak, buat masa ini pihak CGU tidak menyediakan apa-apa diskaun atau promosi.
Tidak, harga yang diberikan adalah termasuk dengan kos penghantaran. Pihak CGU menawarkan penghantaran percuma manakala untuk kes pemulangan, pelanggan perlu menanggung kos penghantaran tersebut.
Ya, pihak kami telah memilih syarikat penghantaran terkenal dengan perkhidmatan yang ditawarkan serta mempunyai insuran bagi menjamin keselamatan dan perlindungan terhadap kehilangan atau kerosakan.
Ya, pihak CGU menawarkan jaminan untuk melindungi cincin daripada kecacatan pembuatan dalam tempoh satu minggu. Sila rujuk halaman terma dan syarat.
Cincin graduasi UiTM boleh dimiliki oleh para alumni dan graduan secara khususnya. Walaubagaimanapun, CGU turut dijual secara amnya kepada seluruh rakyat MALAYSIA yang ingin membeli untuk dijadikan koleksi peribadi mahupun menghadiahkan CGU kepada yang tersayang.
Kami amat menghargai kesudian kalian semua memiliki setiap rekaan CGU yang unik dan signifikan.