Cincin Garduasi UiTM ini merupakan tanda pengenalan unik bagi setiap alumni yang bergraduat daripada UiTM. Ianya adalah lambang penghargaan dan pencapaian akademik yang akan selalu mengingatkan anda akan kejayaan dan pengalaman berharga di universiti. Semadikan kenangan anda sebagai alumni UiTM dan terus berbangga menjadi produk UiTM.
YBhg. Profesor Madya Ts. Dr. Azhar Abd Jamil
Dekan, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, Penasihat CGU
Matlamat CGU
Menjadikan Cincin Graduasi sebagai satu simbol kemegahan UiTM dengan mewujudkan ‘nilai sentimental’ melalui rekaannya kepada para pelajar, bakal graduan, alumni dan warga UiTM.
Kekuatan nilai sentimental dalam rekaan CGU akan dihasilkan melalui proses perkembangan idea yang membawa penceritaan penubuhan UiTM sebagai satu institusi terulung di Malaysia yang telah melahirkan ramai karyawan dan pakar Melayu dalam pelbagai bidang.
Sekapur Sirih dari Pengurus CGU
Assalamualaikum w.b.t
Selamat datang ke laman sesawang kami! Sebagai pengurus CGU, saya berbangga dapat membawa kepada anda koleksi cincin graduasi yang indah dan bermakna untuk memperingati saat istimewa sebagai graduan.
Kami telah berusaha keras untuk menyediakan pilihan cincin berkualiti tinggi yang memperagakan keanggunan dan keunikan. Setiap cincin direka dengan penuh teliti, menggunakan bahan berkualiti seperti perak, dan dihiasi dengan hiasan yang menakjubkan.
Terima kasih kerana mempercayai kami sebagai wadah untuk mengabadikan pencapaian akademik anda. Kami berharap agar pengalaman anda di laman sesawang ini memuaskan.
Syed Mohd Faisal Syed Ahmad
Pengurus CGU
Ahli Kumpulan Kreatif CGU
Nazirah Mohamad Ba'ai
Ketua Unit Strategik & Kewangan (Pensyarah Kanan)
Dr. Hema Zulaika Hashim
Ketua Unit Produk & Inovasi (Pensyarah Kanan)
Mohd Fairus Yusoff
Ketua Unit Pelanggan & Pemasaran (Pensyarah Kanan)
Dr. Hanif Khairi
Ketua Unit Operasi & Logistik (Pensyarah Kanan)
Noorhaslinda Mohamad Ali
Pegawai Unit Strategik & Kewangan (Pensyarah)
Dr. Hjh. Saadiah Kaspin
Pegawai Unit Produk & Inovasi (Pensyarah Kanan)
Noor Adila Mohd Rajili
Pegawai Unit Pelanggan & Pemasaran (Pensyarah Kanan)
Abdul Hakkam Hafiz Abdain
Pegawai Unit Produk & Inovasi (Pensyarah Kanan)
Mohd Fadhil Kamarudin
Pegawai Unit Pelanggan & Pemasaran (Pensyarah Kanan)
Mohd Sharifudin Omar
Pegawai Unit Operasi & Logistik (Penolong Jurutera)
Azizul Zahariman
Pegawai Unit Operasi & Logistik (Pembantu Makmal Kanan)
Objektif CGU
Selain menjadikan Cincin Graduasi sebagai satu simbol kemegahan UiTM dengan ‘nilai sentimental’ melalui rekaannya, CGU mampu mencapai objektif-objektif lain dalam usaha untuk memperkasakan UiTM selari dengan saranan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menjadikan universiti sebagai pencetus idea dalam membangunkan penyelidikan inovasi produk (R&D&C&I) yang mempunyai daya saing yang tinggi. Antara objektif tersebut ialah:
Menjadikan UiTM sebagai universiti pertama yang menginovasikan Cincin Graduasi UiTM (CGU) dengan rekaan yang diiktiraf oleh pakar barang kemas.
Memupuk semangat jati diri dan kecintaan kepada UiTM melalui slogan ‘UiTM di Hatiku’ pada setiap graduan dan alumni UiTM.
Meraikan kejayaan para graduan yang berjaya melalui pelbagai halangan dan kesukaran dalam menamatkan pengajian di peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah.