Cincin Graduasi UiTM (CGU)

Kolej Pengajian Seni Kreatif,
Kompleks Ilham,
Universiti Teknologi MARA,
40450, Shah Alam,
Selangor, Malaysia.

Tempahan Telah Bermula Selepas Pelancaran Pada 18 Julai 2023
Diatas permintaan yang tinggi terhadap rekaan cincin Mahkota, penambahan telah dibuat sebanyak 94 unit. Dapatkan segera, selagi stok masih ada.
KENYATAAN RASMI
Simbol Kemegahan UiTM
Dihasilkan melalui proses perkembangan idea yang membawa penceritaan penubuhan UiTM sebagai satu institusi terulung di Malaysia yang telah melahirkan ramai karyawan dan pakar bumiputera dalam pelbagai bidang.
MATLAMAT CGU
UiTM di Hatiku
Memupuk semangat jati diri dan kecintaan kepada UiTM melalui slogan ‘UiTM di Hatiku’ pada setiap graduan dan alumni UiTM.
OBJEKTIF CGU
Rekaan Pakar Dari Bidang Seni Reka Logam Kontemporari
Gabungan idea para pakar barang kemas dari Bidang Seni Reka Logam Kontemporari.
SOALAN LAZIM

Cincin Graduasi UiTM

Istiadat Konvokesyen adalah suatu simbolik bagi meraikan kejayaan setiap mahasiswa di UiTM yang mana suatu detik indah yang amat dinanti-nantikan oleh setiap mahasiswa amnya dan para graduan khususnya. Jabatan Seni Reka Logam Kontemporari di bawah Kolej Pengajian Seni Kreatif telah dilantik menjadi pengurus rasmi pengeluaran Cincin Graduasi UiTM (CGU) bagi Istiadat Konvokeyen UiTM seluruh Malaysia.

“Cincin graduasi ini merupakan elemen penting dalam membentuk jati diri sebagai graduan dan alumni dan ianya tidak lagi asing kerana telah diperkenalkan oleh lain-lain universiti dalam dan luar negara.”

Kecemerlangan ilmu dan prestasi akademik serta kekuatan nilai kemahiran diri adalah aspek penting yang perlu dimiliki oleh setiap mahasiswa sebelum bergelar sebagai seorang siswazah. Aspek-aspek ini boleh dirangsang dengan pelbagai sumber dan wasilah yang kognitif dan ilmiah. Oleh itu, Jabatan Seni Reka Logam Kontemporari, Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Shah Alam telah menggalas tanggungjawab ini untuk menghasilkan Cincin Graduasi UiTM (CGU) sebagai suatu simbolik bagi meraikan kejayaan setiap mahasiswa di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Cincin graduasi yang dinantikan!

Cincin graduasi ini menandakan pencapaian akademik serta memberikan penghormatan kepada kecemerlangan dan ketekunan setiap graduan UiTM. Ia akan menjadi simbol kebanggaan, kenangan berharga, dan menggambarkan tahap kecemerlangan yang dicapai oleh graduan kami. Melalui cincin graduasi ini, kami berharap agar graduan kami sentiasa mengingati perjalanan mereka yang berharga di UiTM. Ia juga menjadi pengingat bahawa tanggungjawab keilmuan dan sumbangan mereka terhadap masyarakat adalah perlu diteruskan dalam bidang yang mereka ceburi.

Professor Datuk Ts. Dr. Roziah Mohd Janor
Naib-Canselor Universiti Teknologi MARA

Tahniah Graduan!

Klik Butang Untuk Koleksi Cincin Graduasi UiTM.

Jaminan Kualiti

Setiap cincin yang dihasilkan akan melalui proses kawalan kualiti untuk kepuasan hati pelanggan.

Penghantaran Selamat

Setiap penghantaran akan menggunakan khidmat pos berdaftar beserta insuran.

Rekaan Terkini

Rekaan moden dan terkini hasil dari tenaga pakar Kolej Pengajian Seni Kreatif.

KENYATAAN RASMI PIHAK CGU

Maklumat berkenaan dengan persoalan yang diajukan:

  1. Pembelian CGU terbuka kepada pelajar, graduan, alumni, atau warga UiTM yang menghargai UiTM sebagai institusi pendidikan bumiputera terulung di Malaysia.
  2. Di bahagian dalam cincin graduasi UiTM akan diukir maklumat ketulenan bahan, logo UiTM dan tahun graduasi (925 2023)
  3. Rekaan Mahkota-Diperbuat dari perak 925 (sterling silver) berkualiti tinggi dengan hiasan saduran warna emas (gold plating)
  4. Rekaan Lestari, Mulia & Ilmu- Diperbuat dari perak 925 (sterling silver) berkualiti tinggi.
  5. Pengeluaran CGU ini adalah secara berperingkat bagi menjaga kualiti produk terjamin.
  6. Bagi cincin rekaan Mahkota, telah kehabisan stok untuk fasa 1. Pihak kami akan berusaha untuk menyediakan stok tambahan secepat mungkin.

Soalan Lazim

Berapakah harga untuk sebentuk Cincin Graduasi UiTM?
Harga Cincin Graduasi UiTM boleh dirujuk pada halaman ‘Produk‘.

Apakah bahan yang digunakan untuk membuat Cincin Graduasi UiTM?
Bahan asas yang digunakan untuk Cincin Graduasi UiTM adalah logam perak dan saduran emas.

Adakah semua alumni UiTM boleh membeli Cincin Graduasi UiTM?
Ya, Cincin Graduasi UiTM boleh dibeli oleh semua alumni UiTM.

Bagaimanakah bentuk rekaan Cincin Graduasi UiTM?
Terdapat 4 rekaan cincin yang ditawarkan yang membawa motif dan konsep UiTM DiHatiku. Sila rujuk halaman ‘Produk‘.

Bilakah Cincin Graduasi UiTM akan dibuka untuk tempahan?
Urusan tempahan akan beroperasi sepenuhnya pada sesi Istiadat Konvokesyen UiTM ke-97.

Berapa lama tempoh untuk Cincin Graduasi UiTM siap?
Cincin Graduasi UiTM dijangka akan dihantar kepada pembeli dalam tempoh satu bulan selepas tarikh tempahan melalui laman sesawang CGU.